[6 Apr 2008 | One Comment | ]
Jangan ‘anaktirikan’ Pulau Pangkor

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN
PANGKOR 6 April – Kementerian Pelancongan diminta tidak ‘menganaktirikan’ pulau peranginan, Pulau Pangkor dengan menafikan pelbagai peruntukan pembangunan yang dipohon sejak beberapa tahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. berkata, kementerian berkenaan perlu terus memperakui bahawa pulau peranginan tersebut merupakan antara penyumbang utama sektor pelancongan dalam negara.

Read the full story »

Umum »

[11 Apr 2008 | No Comment | ]

KUANTAN 11 April – Kerajaan bersetuju menyalurkan terus peruntukan sebanyak RM8 juta kepada kira-kira 4,000 persatuan belia di seluruh negara mulai tahun ini dan tidak lagi melalui Jabatan Belia dan Sukan negeri seperti yang diamalkan sekarang.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berkata, langkah itu bertujuan mengatasi masalah kewangan berikutan kelewatan mendapat peruntukan di kalangan persatuan belia yang ingin menjalankan aktiviti mereka.

Umum »

[8 Apr 2008 | No Comment | ]

PUTRAJAYA 8 April – Malaysia telah memulakan pelaksanaan fasa kedua Sistem Amaran Awal Tsunami Negara untuk memastikan pemantauan dan pengeluaran amaran yang efektif bagi kejadian gempa bumi dan tsunami di rantau ini.
Menteri Sains, teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Ongkili berkata, sistem itu juga dimanfaatkan untuk memberi amaran bagi kejadian bencana lain.
“Untuk menaik taraf sistem itu, kami memperuntukkan RM6.9 juta bagi fasa kedua berbanding RM18.7 juta pada Fasa I,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sesi Kelima Kumpulan Penyelarasan Antara Kerajaan bagi Sistem Amaran Awal Tsunami Lautan Hindi di Pusat Konvensyen …

Umum »

[6 Apr 2008 | No Comment | ]

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN
LUMUT 2 April – Seorang lagi mangsa letupan sebuah kilang tepung milik Malayan Flour Mill (MFM) di Batu Undan, Segari pada 17 Mac lalu meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Besar Ipoh (HBI) semalam.

Mangsa, Amril Ramli, 32, dari Kampung Batu 3, Segari dekat sini meninggal dunia kira-kira jam 8.15 malam selepas 16 hari dirawat di ICU HBI berikutan kecederaan parah yang dialami beliau.

Gambar – ZAMBRY menyampaikan sumbangan Skim Khirat Kematian UMNO Bahagian Lumut kepada isteri mangsa, Zuraidah Ramli di Segari, semalam. – Gambar NORSHARUDDIN SAPIAN.

Difahamkan, hampir …

Featured, Umum »

[6 Apr 2008 | No Comment | ]

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN
PANGKOR 6 April – UMNO Bahagian Lumut mengambil pendirian bahawa kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kedudukan UMNO dan barisan kepimpinan sekarang merupakan pandangan sebagai seorang bekas pemimpin tertinggi dan bekas Perdana Menteri.
Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, beliau menghargai pandangan yang dikemukakan itu.

Headline, Umum »

[6 Apr 2008 | One Comment | ]
Jangan ‘anaktirikan’ Pulau Pangkor

Oleh NORSHARUDDIN SAPIAN
PANGKOR 6 April – Kementerian Pelancongan diminta tidak ‘menganaktirikan’ pulau peranginan, Pulau Pangkor dengan menafikan pelbagai peruntukan pembangunan yang dipohon sejak beberapa tahun lalu.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abd. berkata, kementerian berkenaan perlu terus memperakui bahawa pulau peranginan tersebut merupakan antara penyumbang utama sektor pelancongan dalam negara.